Latar belakang dan gambaran umum Notre-Dame_de_Paris

Victor Hugo mula menulis novel ini pada tahun 1829 setelah memerhatikan keadaan seni bina Katedral Notre-Dame di pusat bandar Paris yang pada ketika itu berada dalam keadaan terbiar atau diubahsuai dengan bahagian dengan seni bina yang lebih moden (yang menurutnya dilihat sebagai sungguh janggal, menyedihkan dan menyakitkan mata); maka beliau menulis novel ini sebagai suatu wahana untuk menyedarkan orang ramai semasanya mengenai keindahan rumah ibadat masyarakatnya - butiran mengenai binaan dan hiasan dari tugu-tugu sehingga ke tingkap kaca berwarna-warninya dituliskan secara terperinci bagi tujuan ini.

Beliau membuat persetujuan dengan penerbitnya, Gosselin, untuk menyiapkan manuskripnya pada lewat tahun sama, namun beliau terpaksa menangguh kerana kesibukannya dengan projek-projek lain lagi-lagi dengan keadaan politik Perancis yang begitu bergolak pada ketika itu; novel tersebut akhirnya dapat disiapkan pada Disember 1830.